HUBUNGI SAYA:

HUBUNGI SAYA:

Tuesday, April 9, 2013

Fakta mengenai penyakit kanser


  1. Kanser berlaku apabila sel-sel sebahagian dari angota badan bertambah secara tidak terkawal. Ianya terus bertambah dan mengatasi sel-sel yang normal. Walaupun terdapat pelbagai jenis kanser, kesemuanya menunjukkan pertumbuhan tidak terkawal yang sama.
  2. kanser menyebabkan kematian lebih banyak setiap tahun dari kematian disebabkan AIDS, tuberculosis, dan malaria kesemuanya.
  3. "The World Health Organization (WHO) estimated that in 2010, 569,490 died from cancer in the United States. WHO estimates that about 40% of all cancers are preventable by maintaining a healthy diet, exercising, and not using tobacco."
  4. Kanser Leukemia merangkumi 25% dari kanser yang dihidapi oleh kanak-kanak. 
  5. Dianggarkan 9 juta orang akan mati dari kanser pada tahun 2015, dan 11.4 juta akan mati pada 2030, menunjukkan peningkatan pesakit kanser.
  6. Tidak menggunakan produk tembakau adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit kanser tertentu seperti kanser paru-paru, kerongkong, mulut, pankreas, buah pinggang, perut, hati dan pundi kencing.
  7. Lebih kurang 75% kes-kes kanser adalah disebabkan oleh faktor -faktor persekitaran seperti radiasi, asap rokok, pemakanan dan penyakit-penyakit berjangkit.
  8. Satu kes baru kanser prostate meningkat setiap dua setengah minit. Setiap 17 minit, seseorang mati dari kanser ini. 

Monday, April 8, 2013

TESTIMONIAL OF VITAMIN B 17 (WORLD WIDE)


Penawar di sekeliling kita

Terdapat penawar untuk setiap jenis penyakit kecuali mati. Sesungguhnya, setiap kejadi yang dijadikan Allah menyimpan rahsia tersendiri.

Apabila masyarakat moden gusar dengan bercambah biak penyakit penyakit seperti kanser dan penyakit metabolic yang lain, maka kita semakin tertekan dan semakin hilang punca tentang bagaimana untuk merawat penyakit kanser ini secara tepat dan terbaik.

Segala perubatan moden yang wujud, gagal untuk memberikan kepastian, penyembuhan kepada penyakit kanser, malahan, perawatan yang ada boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan pesakit.

Jadi, apakah rawatan kanser yang sebenar?

Adakah dengan ubat-ubatan akan menyembuhkan? Adakah dengan rawatan emosi dan kaunseling? Adakah dengan tusukan jarum-jarum rawatan ribuan tahun? Atau sebenarnya mengetahui dan merancang kembali apa yang kita makan selama ini?

Mengapa kanser menjadi-jadi di dunia moden sekarang tetapi kenapa tidak di zaman dahulu? Adakah teknologi? Adakah rekaan bahan kimianya? Adakah tabiat buruk kita?

Atau adakah sesuatu yang kita "tinggal"kan?(Pemakanan)

Kajian terbaru telah mendedahkan, bahawa terdapatnya kekurangan di dalam diet pemakankanan kita yang menyebabkan sistem kawalan badan kita kekurangan suatu unsur yang menghalang dari pembentukan/ perubahan sel-sel kanser. Unsur ini, telah "hilang" dari diet pemakanan kita secara berterusan sehingga sistem badan kita gagal untuk berfungsi untuk memulihkan sel-selnya sendiri. Ini secara tidak langsung membenarkan sel-sel kanser mekar dan kegagalan sistem badan untuk "mematikan" pertumbuhan sel-sel kanser yang terus membahagi tanpa kawalan lagi.

Unsur itu, dikenali sebagai "Vitamin" B-17.


Ketahui lebih lanjut dengan melayari link2 berkaitan di bawah.

-admin-

Sunday, April 7, 2013

Kebaikan Kapsul Apricot Seeds


Seperti kebanyakan kekacang dan biji, biji aprikot adalah sangat berkhasiat. Salah satu nutrisi yang terkandung didalamnya ialah amigdalin ( B17 ). B17 terkandung di dalam beratus-ratus makanan, tetapi makanan yang kaya dengan amigdalin ini sudah tidak lagi termasuk didalam pemakanan harian kita. Mereka yang masih mengamalkan pemakanan tradisional, didapati bebas dari penyakit kanser. Pemakanan tradisional ini kaya dengan nitriloside yang mengandungi amigdalin didalamnya. Contoh makanan yang dimaksudkan ialah biji aprikot pahit, badam yang pahit, biji apple, biji anggur, millet dan banyak lagi biji buah-buahan dan kekacang.

Ia telah menjadi makanan kaum Hunza dipendalaman beratus-ratus tahun lamanya yang dikatakan bebas dari kanser, sihat, lanjut usia sehingga lebih dari 120 tahun. Dikalangan masyarakat Cina di Negara China pula, biji aprikot pahit telah kerap dan biasa digunakan dalam membantu mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma/lelah. Antara nutrient yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Berdasarkan kepada buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini dinegara yang membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit. Masyarakat Hunza di Pakistan sangat baik tahap kesihatan mereka , satu perkara biasa bagi mereka hidup sehingga 100 tahun, dan dikatakan juga sangat jarang dijumpai kes penyakit kanser dikalangan mereka ini. Salah satu faktor utama kesihatan mereka adalah mereka minum air yang kaya dengan mineral dan tidak lupa juga amalan pengambilan makanan mereka. Salah satu makanan kegemaran dan keutamaan mereka ialah buah aprikot. Mereka tidak hanya makan buahnya tetapi juga biji yang terdapat di dalam buahnya sekali. Dari bijinya, dihasilkan minyak untuk memasak dan juga untuk losyen muka.